Thursday, May 2, 2013

Contest and Win Fabulous Prize's !!!!!


NOTIS PERTANDINGAN CREATIVE STUDENT DAN PHOTO CONTEST


Sukacita dimaklumkan bahawa kami, Armada Events, para pelajar Semester 5, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Puncak Alam, akan menganjurkan sebuah program sebagai memenuhi salah satu keperluan kursus Special Event Organization (OEM603) yang kami ikuti pada semester ini. Butiran program yang bakal kami anjurkan adalah seperti berikut:
Alpha

Program                     :           Health●Lifestyle●Charity Carnival 2013
Tarikh / Hari               :           18 Mei 2013 / Sabtu
Tempat                       :           Padang Bukit Jelutong

HLC Fiesta 2013 merupakan sebuah acara yang menekankan Konsep Hijau dalam kehidupan seharian.  Kami juga akan mengutip dana untuk disumbangkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim & Tahfiz Al-Habbah, Sg. Tua, Selangor Darul Ehsan.  Pihak Persatuan Buah Pinggang Malaysia juga telah menyatakan kesudian untuk turut serta dalam HLC Carnival 2013.  Beberapa gerai jualan berkonsepkan pasar tani dan bazaar serta gerai jualan produk organik juga dalam perancangan kami. 

Sehubungan dengan itu, kami akan mengadakan pertandingan Creative Students dan Photo Contest bagi murid-murid tingakat 1 hingga 5 untuk menyertai pertandingan ini.  Bagi pertandingan Creative Students, murid-murid harus membentuk 1 kumpulan yang terdiri daripada tiga (3) orang untuk memcipta satu produk inovasi dari bahan-bahan terpakai seperti surat khabar atau kertas terpakai, botol, tin dan bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula dimana dapat mencipta satu kegunaan baru melalui inovasi tersebut.  Produk yang dihasilkan haruslah dibawa pada 18 Mei 2013. 



Manakala bagi pertandingan Photo Contest pula, para pelajar harus mengambil gambar berkonsepkan Green atau Saving dan gambar itu haruslah dibezakan dari sudut positif dan juga negatif.  Gambar-gambar yang telah diambil, harus dimuat naik di laman facebook Armada Events iaitu di http://www.facebook.com/ArmadaEventGambar yang mendapat LIKE tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang. 



Kedua-dua pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan pada 18 Mei 2013 nanti.  Borang penyertaan boleh didapatkan dari pihak sekolah.  Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami di talian tertera di poster di atas. 

goodluck adik adik !! :D

No comments:

Post a Comment